Ahad, 15 Mac 2015

Agen Produk



Produk terbaik daripada kami. Produk muslim bumiputera. 100% asli dan semulajadi.

Berminat untuk menjadi agen?

Pembelian pertama adalah min RM100 unit untuk setiap produk. Boleh whatsapp untuk pertanyaan lanjut.

Sabtu, 28 Februari 2015

Permintaan Green Coffee Semakin Meningkat

Postage dan COD hari ini. Alhamdulillah setiap hari kami menerima order daripada pelanggan. Order makin meningkat dari sehari ke sehari. Pelanggan berpuas hati dan repeat order lagi.
Terima kasih cik Aisyah yang anggun. Sudah berkotak-kotak beliau beli. Sekali beli 5 kotak. Untuk buat stok katanya.

Merawat Batuk

"BABY DAH BOLEH TIDUR DAN BATUK PUN KURANG"


Baby jika batuk, elakkan bagi ubat batuk. Kecil-kecil dah telan ubat dadah. Tidak bagus untuk tubuh si kecil. Kasihani anak kita. Cuba amalkan pemakanan sunnah ini EKSTRAK BUNGA HABBATUSSAUDA. Insyaallah sebagai iklhtiar.

Mengatasi Masalah Kurang Selera Makan


"BAGI KAT ANAK-ANAK MAKAN, SELERA MAKAN 
TAK TAU NAK KATA, MENJADI-JADI"


Anak susah nak makan, tiada selera? Cubalah Ekstrak Bunga Habbatusaauda ini. Moga menjadi penawar dan pembangkit selera anak.


Khamis, 26 Februari 2015

Gelombang Tenaga Bunga



Aura Gelombang Daripada Bunga

Bunga adalah elemen yang terbesar dalam dunia. Hampir kesemua muka bumi ditumbuhi bunga. Selain bunga hidup, bunga juga dijadikan hiasan dan corak pada pakaian. Jika anda lihat hampir keseluruhan corak pakaian adalah bertemakan bunga. Mengapa bunga digunakan sebagai corak dan hiasan? Tentu ada rahsia di sebalik bunga ini. Kita akan terokai rahsia alam ini dan temuikan keajaiban yang mana tidak semua orang di dunia ini tahu.

Tahukah anda bunga miliki aura yang tersendiri. Aura yang terpancar melalui bau atau warnanya. Bunga ada pelbagai ketegori bau, bentuk dan warna. Kepelbagaian warna bunga itulah yang menjadikan ia miliki aura yang tersendiri. Di sini kita tekankan aura bunga melalui bau dan warnanya. Contohnya bunga ros miliki bau wangi dan ia juga dijadikan minyak wangi. Warna bunga ros ada pelbagai warna daripada warna merah, putih, merah jambu dan kuning. Setiap warna ini akan memancarkan aura yang tersendiri. Setiap warna bunga ini miliki gelombang tenaga yang akan memberikan manfaat kepada tubuh badan manusia.

(Sumber: http://www.terapiaura.webs.com/)
Setiap kejadian mempunyai warna tersendiri. Ini adalah sumber inspirasi yang pertama mencetuskan ilham bahawa betapa warna sangat memberi kesan dalam kehidupan. Melalui warna, manusia akan lebih cepat mengenal sesuatu hasil daripada deria penglihatan yang kemudian ditafsir oleh otak.

Warna adalah suatu bentuk gelombang yang boleh diukur dalam nilai frekuensi tertentu. Cahaya dan warna ialah sebahagian daripada spektrum elektromagnet yang peka oleh mata manusia dan juga merupakan sebahagian daripada spektra tenaga yang membolehkan kelangsungan kehidupan setiap makhluk di alam semesta.

Dua sumber tenaga cahaya yang utama iaitu matahari dan bulan sebenarnya amat berkait rapat dengan proses pembinaan warna dan pembentukan tenaga bagi keperluan setiap unsur hidup sebagai keseimbangan alam semesta.

Sains Fizik Dan Disiplin Ilmu

Terapi gelombang warna sebenarnya mengajak manusia untuk mencari kebenaran dan hakikat kehidupan melalui perubatan dan menangani penyakit melalui sesuatu yang tidak nampak atau metafizik, melalui teknologi gelombang cahaya, warna dan bunyi, membuktikan bahawa penyakit sebenarnya merupakan salah satu bentuk tenaga yang boleh diubah, diganti atau dipindah-pindahkan yang berlaku di bawah sedar dan merawat penyembuhannya melalui tenaga di bawah sedar juga tanpa mengira masa dan keadaan.

Bagaimana Gelombang Tenaga Bunga Mampu Mengubati Penyakit 


Dengan menggunakan teknologi gelombang tenaga bunga (floral) mengikut antidote iklim yang tepat bagi tujuan kestabilan, keharmonian dan keseimbangan pada tenaga hayat semulajadi tubuh. Ini membuktikan rawatan tradisional mandi bunga sebenarnya amat praktikal dan dapat diterapkan dengan cara moden melalui kaedah hidroterapi ais. Ia mampu membantu pelbagai jenis ketidakharmonian kesihatan merangkumi spiritual, emosi, mental, dan fizikal.


Khasiat Habbatussauda

Habbatus sauda ialah sejenis tumbuhan yang berbunga secara tahunan. Asalnya ia tumbuh meliar di negara-negara sekitar Mediterranean.
Kemudian ia ditanam secara meluas di utara Afrika terutama Mesir, selatan Eropah, Syria dan Asia Tengah seperti Iran dan India.
Ketinggian khasiat tumbuhan itu diperakui oleh ramai cendekiawan silam, ratusan saintis dan pakar perubatan di seluruh dunia.
Ibnu Sina dalam bukunya The Canon of Medicine menyatakan habbatus sauda mampu merangsang tenaga serta membantu memulihkan kepenatan dan semangat.
Penyelidikan yang dilakukan oleh Universiti Carolina Selatan di Amerika Syarikat pula mendapati,ekstrak habbatus sauda memiliki khasiat antitumor tanpa kesan sampingan.
Makam Firaun
Mengikut catatan sejarah, habbatus sauda pada awalnya ditemui di dalam makam Firaun Tutankhamen. Penemuan tersebut memberi gambaran bahawa tumbuhan itu amat penting dalam kehidupan orang Mesir purba.
Walaupun kegunaan sebenarnya tidak diketahui secara tepat, ia dipercayai mampu memberi manfaat kepada raja mereka selepas mati.
Bagaimanapun, hakikatnya kegunaan habbatus sauda dalam perubatan tercetus selepas kedatangan Islam.
Imam Bukhari meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda: “Kekallah kamu dengan habbatus sauda kerana padanya itu ada penawar bagi segala penyakit kecuali mati.”
Prof. Dr. Latiffah A. Latiff dari Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia menjelaskan, tumbuhan Nigella sativa adalah salah satu anugerah Allah yang amat bernilai buat manusia.
Justeru, sebagai saintis dan pakar perubatan kesihatan awam, beliau bertanggungjawab untuk menghuraikan hakikat tersebut dengan fakta sains bagi membuktikan kebenaran sabda Nabi Muhammad.
“Habbatus sauda memang menakjubkan kerana setiap butir bijirin ini terdiri daripada berjuta-juta sel yang menyerupai sel darah manusia,” ujar beliau yang menjalankan penyelidikan tentang habbatus sauda selama sedekad.
Latiffah mengakui semakin banyak kajian dilakukan, semakin banyak pendedahan baharu ditemui.
“Apa yang pasti terdapat lebih 100 bahan aktif yang terkandung dalam bijirin hitam dengan timokuinon mendominasi antara 70 hingga 80 peratus daripada jumlah keseluruhannya.
“Hasil beberapa kajian yang kami jalankan membuktikan bahawa bahan timokuinon yang diekstrak daripada habbatus sauda berupaya menurunkan paras kolesterol, glukos dalam darah dan berat badan sekali gus mengurangkan risiko penyakit sindrom metabolik dan penyakit jantung,” jelas beliau.
Lewatkan penuaan
Ujar Latiffah, kajian pada haiwan makmal yang diaruh penyakit Alzheimer atau nyanyuk dan diberi makan bahan aktif timokuinon daripada minyak habbatus sauda turut mempunyai kesan tersendiri.
“Penyelidikan itu merumuskan bahawa habbatus sauda telah menurunkan paras beta amiloid iaitu sejenis protein yang terdapat pada otak haiwan nyanyuk berbanding haiwan kawalan yang tidak menerima suplemen habbatus sauda.
“Kajian pada tisu kultur dan sel kultur pula menunjukkan bahan aktif asid linoleinik daripada ekstrak minyak habbatus sauda mampu mengurangkan pertumbuhan sel kanser payu dara secara signifikan.
“Di samping itu, pengambilan habbatus sauda sebagai makanan tambahan berupaya melambatkan proses penuaan,” terang Latiffah yang turut mengkaji keberkesanan habbatus sauda terhadap wanita menopaus dalam aspek peningkatan kualiti kehidupan seperti kecergasan mental, spiritual dan hubungan kelamin.
Tambah beliau, pengambilan habbatus sauda sebagai makanan tambahan dalam tempoh dua minggu mampu melancarkan sistem penghadaman, melawaskan pembuangan najis terutamanya bagi mereka yang mengalami sembelit, meningkatkan tenaga dan kadar kecekapan seseorang.
“Buat masa ini, saya masih mengkaji tentang persediaan habbatus sauda yang terbaik untuk diambil iaitu sama ada dalam bentuk asli, minyak atau dicampur dengan bahan lain.
“Namun, secara saintifik sukar untuk dipastikan keberkesanan makanan yang bercampur. Misalnya, mengambil habbatus sauda dengan madu.



Rabu, 15 Januari 2014

Senarai Produk


1. Green Coffee (Habbatussauda + Alfalfa)


2. Ekstrak Bunga Habbatussauda


3. Aroma Bunga Sejagat