Khamis, 26 Februari 2015

Gelombang Tenaga Bunga



Aura Gelombang Daripada Bunga

Bunga adalah elemen yang terbesar dalam dunia. Hampir kesemua muka bumi ditumbuhi bunga. Selain bunga hidup, bunga juga dijadikan hiasan dan corak pada pakaian. Jika anda lihat hampir keseluruhan corak pakaian adalah bertemakan bunga. Mengapa bunga digunakan sebagai corak dan hiasan? Tentu ada rahsia di sebalik bunga ini. Kita akan terokai rahsia alam ini dan temuikan keajaiban yang mana tidak semua orang di dunia ini tahu.

Tahukah anda bunga miliki aura yang tersendiri. Aura yang terpancar melalui bau atau warnanya. Bunga ada pelbagai ketegori bau, bentuk dan warna. Kepelbagaian warna bunga itulah yang menjadikan ia miliki aura yang tersendiri. Di sini kita tekankan aura bunga melalui bau dan warnanya. Contohnya bunga ros miliki bau wangi dan ia juga dijadikan minyak wangi. Warna bunga ros ada pelbagai warna daripada warna merah, putih, merah jambu dan kuning. Setiap warna ini akan memancarkan aura yang tersendiri. Setiap warna bunga ini miliki gelombang tenaga yang akan memberikan manfaat kepada tubuh badan manusia.

(Sumber: http://www.terapiaura.webs.com/)
Setiap kejadian mempunyai warna tersendiri. Ini adalah sumber inspirasi yang pertama mencetuskan ilham bahawa betapa warna sangat memberi kesan dalam kehidupan. Melalui warna, manusia akan lebih cepat mengenal sesuatu hasil daripada deria penglihatan yang kemudian ditafsir oleh otak.

Warna adalah suatu bentuk gelombang yang boleh diukur dalam nilai frekuensi tertentu. Cahaya dan warna ialah sebahagian daripada spektrum elektromagnet yang peka oleh mata manusia dan juga merupakan sebahagian daripada spektra tenaga yang membolehkan kelangsungan kehidupan setiap makhluk di alam semesta.

Dua sumber tenaga cahaya yang utama iaitu matahari dan bulan sebenarnya amat berkait rapat dengan proses pembinaan warna dan pembentukan tenaga bagi keperluan setiap unsur hidup sebagai keseimbangan alam semesta.

Sains Fizik Dan Disiplin Ilmu

Terapi gelombang warna sebenarnya mengajak manusia untuk mencari kebenaran dan hakikat kehidupan melalui perubatan dan menangani penyakit melalui sesuatu yang tidak nampak atau metafizik, melalui teknologi gelombang cahaya, warna dan bunyi, membuktikan bahawa penyakit sebenarnya merupakan salah satu bentuk tenaga yang boleh diubah, diganti atau dipindah-pindahkan yang berlaku di bawah sedar dan merawat penyembuhannya melalui tenaga di bawah sedar juga tanpa mengira masa dan keadaan.

Bagaimana Gelombang Tenaga Bunga Mampu Mengubati Penyakit 


Dengan menggunakan teknologi gelombang tenaga bunga (floral) mengikut antidote iklim yang tepat bagi tujuan kestabilan, keharmonian dan keseimbangan pada tenaga hayat semulajadi tubuh. Ini membuktikan rawatan tradisional mandi bunga sebenarnya amat praktikal dan dapat diterapkan dengan cara moden melalui kaedah hidroterapi ais. Ia mampu membantu pelbagai jenis ketidakharmonian kesihatan merangkumi spiritual, emosi, mental, dan fizikal.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan